Bekas penyerang skuad kebangsaan Perancis, Karim Benzema kini sedang mempertimbangkan tindakan saman terhadap salah seorang menteri negara itu selepas menuduhnya ada kaitan dengan kumpulan pengganas.

Salah seorang menteri dalam jabatan Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin mendakwa Benzema sebagai individu yang amat dikenali dengan organisasi pengganas yang dikenali sebagai The Muslim Brothers.

“Encik Benzema sememangnya dikenali dengan perkaitannya dengan Muslim Brotherhood.”

Muslim Brotherhood dikategorikan sebagai organisasi pengganas pada 2021 selepas Austria mengharamkan gerakan kumpulan itu di bawah akta anti-pengganas.

Tuduhan itu tiba selepas bekas penyerang Real Madrid itu menyuarakan sokongan terhadap Palestine menerusi akaun media sosiap miliknya baru-baru ini.

“Doa kami bersama penduduk Gaza tak kira kanak-kanak ataupun wanita yang menjadi mangsa pencerobohan serta pengeboman oleh regim Zionis,” tulis Karim Benzema di laman media sosial X.

Menurut Le Parisien, peguam Benzema mendedahkan pemain itu kini sedang mempertimbangkan untuk menyaman Darmain kerana mengeluarkan kenyataan yang membawa niat buruk dan manipulasi sebagai seorang pegawai kerajaan susulan kenyataan tersebut.

“Kami sedang mempertimbangkan untuk menfailkan saman terhadap menteri. Sebagai contoh di bawah peraturan kerana kesalahan cuba memanipulasi informasi, dan penghinaan secara umum.

“Ini kerana [Benzema] tiada kaitan langsung dengan Muslim Brotherhood, dan dia [Darmain] mengatakan [Benzema] dikenali kerana perkaitannya dengan organisasi tersebut. Ia jelas merupakan kenyataan yang merupakan fitnah.

Selain dituduh ada kaitan dengan kumpulan pengganas, ada juga pihak yang tidak berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh bintang Al-Ittihad itu terhadap Palestine antaranya bekas penjaga gol skuad kebangsaan Israel, Dudu Aouate.

Aouate pernah beraksi dalam saingan La Liga selama 11 musim bersama Racing Santander, Deportivo La Coruna dan Real Mallorca. Penjaga gol itu kemudiannya membalas mesej Benzema dengan kata-kata kasar yang mana beliau menggunakan lima bahasa berbeza untuk memaki pemain itu.

“Anda sememangnya anak perempuan jalang!,” tulis Aouate.

Selain Benzema, beberapa pemain lain turut memberikan sokongan terhadap Palestine seperti Mouctar Diakhaby, Hakim Ziyech, Mohamed Elneny, Ahmed Abdel Kader, Musa Al-Taamari, Zakaria Aboukhlal, Aliou Dieng dan Nassir Mazraoui.